fbpx

Sesat jika guna istilah isteri pertama untuk dihargai, kedua untuk dicintai – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar Idrus.

PETALING JAYA – Istilah ‘isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai’ tidak terkandung dalam mana-mana kitab.

Malah menurut penceramah selebiriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, istilah tersebut hanyalah perkataan yang dimainkan netizen tanpa merujuk mana-mana hadis atau kitab.

Jelas beliau, jika ada individu yang mengamalkan istilah itu dalam Islam, maka sememangnya dia sudah sesat dan balasannya adalah neraka.

“Itu hanya perkataan yang dimainkan netizen, jadi kita nak ikut netizen atau hadis? Kalau ikut netizen maka sesatlah kamu dan jumpa api neraka.

“Hanya dua perkara sahaja yang kita perlu ikut iaitu al-Quran dan hadis, jika kita tidak ikut kedua-dua ini, maka kita akan sesat,” katanya dalam video ceramah yang dikongsi di laman Facebooknya hari ini.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, kebanyakan status atau perkongsian di laman Facebook hanyalah semata-mata ingin mendapatkan ‘like’ dan ada sesetengah individu tidak merujuk mana-mana kitab atau hadis sebelum berkongsi.

“Tidak salah buat status (hantaran) setiap hari, tetapi pastikan apa yang dikongsi itu betul. Kadang-kadang benda (apa yang dikongsi itu) tidak betul, salah dari segi akidah, agama, syarak, budaya dan kehidupan masyarkat Melayu

“Kerana ingin perhatian di media, apa yang kita tulis kita terus hantar ke media sosial dan seluruh dunia boleh lihat status tersebut,*ujarnya.

Azhar menambah, sepatutnya semua individu perlu menulis perkara yang baik dan perlu menjaga perasaan isteri pertama supaya tidak menjadi mangsa kecaman orang lain.

“Sebenarnya isteri pertama dan kedua adalah tanggungjawab kita dan kita akan ditanya diakhirat.

“Sebab itu, nabi kata, suami yang baik adalah suami yang akan berbuat baik kepada semua isteri, tidak kiralah berapa isterinya,”jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI