fbpx

Ribut petir, hujan lebat hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir seluruh negara sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan, negeri-negeri yang terlibat ialah Kedah (Langkawi), Pulau Pinang (Barat Daya dan Timur Laut) serta Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Katanya, jangkaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut membabitkan negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan (Jeli dan Gua Musang), Terengganu serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin).

“Selain itu, Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau) dan Johor.

“Bagi Sarawak pula (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong), manakala di Sabah merangkumi Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat dan Kudat,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI