fbpx

Ribut petir, hujan lebat di tiga negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri pada pagi ini.

Tiga negeri tersebut iaitu Pahang melibatkan kawasan di Lipis, manakala Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah

“Sabah pula di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), manakala turut menerima amaran ialah Wilayah Persekutuan Labuan.

“Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dikeluarkan sehingga pukul 1 tengah hari,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Dalam pada itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI