fbpx

Program perkasa wanita B40 dalam keusahawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PWDC dan MADCash menyediakan pembiayaan mikro sebanyak RM1,500 kepada 60 usahawan wanita B40 yang mengambil bahagian dalam Program Wanita Jana Rezeki.

PROGRAM Wanita Jana Rezeki menjadi platform kepada usahawan wanita termasuk golongan B40 khususnya di Pulau Pinang untuk meningkat dan memperkasakan kemahiran dalam bidang keusahawanan.

Program yang akan diadakan bermula bulan depan hingga November anjuran Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) itu juga bertujuan meningkatkan kemahiran dan membantu usahawan menghasilkan produk bagi memenuhi permintaan pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif PWDC, Ong Bee Leng berkata, program tersebut diperkenalkan bagi menyokong wanita berpendapatan rendah menjana pendapatan menerusi perniagaan.

“Program ini akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran relevan supaya mereka mampu berdaya saing dalam dunia perniagaan.

“Program ini juga akan memberi tumpuan kepada kemahiran usahawan dalam bidang masakan, jahitan dan penjagaan ibu selepas bersalin.

“Latihan intensif tiga bulan ini diberikan untuk membina keupayaan dalam bidang diminati,” katanya.

Istimewanya pada tahun ini, Madcash Sdn. Bhd., pembangun platform fintech MADCash (Multiply Assist Donate Cash) bekerjasama dengan PWDC menyediakan pembiayaan mikro sebanyak RM1,500 kepada 60 usahawan wanita B40 yang akan mengambil bahagian dalam program itu.

Ujarnya, kerjasama tersebut membolehkan pihaknya terus mendekati lebih ramai usahawan wanita yang memerlukan sokongan dalam membina atau mengembangkan perniagaan.

Sementara itu, Pengarah Urusan MADCash, Nuraizah Shamsul Baharin berkata, pembiayaan itu membolehkan peserta memperoleh pendidikan dan kemahiran yang tepat daripada jurulatih berkelayakan.

“Ini langkah penting bagi membantu mereka meningkatkan mata pencarian.

“Kami teruja dapat menyertai PWDC dalam program murni ini untuk menyokong komuniti B40 Pulau Pinang.

“Kami akan terus memantau kemajuan usahawan ini dan mereka akan mendapat sokongan dari segi peningkatan kemahiran kewangan dan perniagaan, rangkaian, bimbingan serta sokongan rakan peniaga,” katanya.

Usahawan wanita yang berminat untuk mendapatkan pembiayaan mikro perlu memohon melalui platform dalam talian.

Pembiayaan tersebut bebas faedah dan penerima dikehendaki membayarnya dalam tempoh 10 bulan seperti ditetapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI