fbpx

Porsche 911 GT3 RS dilancarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Model Porsche 911 GT3 RS

SEPANG – Porsche Malaysia melancarkan model berprestasi tinggi, 911 GT3 RS untuk pasaran Malaysia pada harga bermula RM2,630,000.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter, penekanan terbaru 911 GT3 RS menunjukkan fokus yang luar biasa dengan dinamik kereta lumba.

Katanya, model itu mampu menghasilkan tahap prestasi hampir seperti kereta Cup yang sangat disanjung oleh komuniti peminat trek yang semakin ramai.

“Dengan rekod kejayaan di dalam litar dan di jalan raya, kami amat berbangga untuk memperkenalkan model ini.

“Pelancaran ini dibuat sempena perlumbaan Piala Porsche Carrera Asia 2023 yang kedua di Malaysia bertujuan untuk menaikkan semangat sukan permotoran di sini,” katanya ketika pelancaran model itu di Litar Antarabangsa Sepang, di sini hari ini.

Model ini ditawarkan pada harga bermula RM2.6 juta.

Turut hadir Pengarah Urusan Porsche Motorsport Asia Pasifik, Alexandre Gibot dan pelumba wakil Pasukan Sime Darby, Nazim Azman.

Tambahnya, model itu dicipta dengan teliti untuk menyerlahkan prestasi kereta lumba berprestasi tinggi yang sah di atas jalan raya dengan kuasa maksimum 525 PS.

“Enjin 4.0 liter mampu untuk memberikan pecutan dari 0 ke 100 kilometer sejam (kmj) dalam masa 3.2 saat sahaja.

“Kelajuan maksimum 911 GT3 RS mencecah 296 kmj,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI