fbpx

Penipu e-hailing tular akhirnya dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang penumpang melompat keluar dari kenderaan ketika dibawa ke balai polis.

KLANG – Seorang lelaki yang sebelum ini tular melompat dari kenderaan di luar balai polis selepas didakwa menipu dan tidak membayar tambang perkhidmatan e-hailing akhirnya dicekup, semalam.

Suspek berusia 27 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 3 petang di Bandar Bukit Tinggi di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, penahanan suspek susulan laporan polis dibuat seorang mangsa sebelum ini.

Katanya, berdasarkan laporan tersebut suspek berkenaan telah melakukan cubaan menipu wang dan tambang bayaran perkhidmatan e-hailing.

“Semakan mendapati suspek warga tempatan itu mempunyai lima rekod jenayah lampau. Suspek kini direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Jelas beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan dan dilengkapkan dalam masa terdekat bagi mendakwa suspek terlibat.

Kosmo! pada 16 Ogos lalu melaporkan seorang lelaki yang didakwa pernah menipu pemandu e-hailing bertindak melompat keluar dari kenderaan apabila dia dibawa ke balai polis.

Menurut perkongsian pengguna Facebook, Ahmad Azahari berkata, dia mengecam lelaki itu kerana pernah menjadi mangsa penipuannya yang tidak membayar tambang selepas
menggunakan perkhidmatan e-hailing tersebut.

Menurut Ahmad Azahari, sebaik sahaja mengecam lelaki itu, dia juga menurunkan tempat duduk bahagian penumpang di hadapan supaya kamera papan pemuka dapat merakam wajah penumpang itu.

“Aku nak bawa dia ke balai polis. Baru saja nak masuk ke dalam balai polis, dia dah terjun. Niat aku cuma nak tangkap penipu ini sebab dulu dah kena dengan dia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI