fbpx

Pengarah syarikat rugi RM6.2 juta lepas dapat e-mel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU – Seorang pengarah syarikat mengalami kerugian kira-kira RM6.2 juta selepas diperdaya ‘pembekal’ pada 9 Ogos lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu setelah mangsa yang berusia 64 tahun membuat laporan.

Kamarul Zaman memberitahu, lelaki terbabit mendakwa dia terpedaya setelah menerima e-mel daripada syarikat pembekal yang mengarahkannya membuat pembayaran ke dalam sebuah akaun bank.

“Hasil siasatan mendapati, pada Februari 2022, syarikat pengadu membuat pembelian sebuah mesin dari luar negara yang berharga EUR2.1 juta dan membuat pembayaran ke dalam akaun yang diberikan.

“Pengadu menyedari pembekal tidak menerima sebarang bayaran dan tidak pernah menghantar e-mel mengenai pertukaran nombor akaun.

“Pengadu membuat semakan ke atas e-mel yang diterima dan mendapati ada perbezaan pada alamat emel penghantar dan mengesyaki e-mel syarikatnya diceroboh dan menyebabkan syarikat membuat bayaran ke dalam akaun lain,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati terutama jika menerima emel yang mengarahkan bayaran dibuat ke akaun lain selain daripada akaun yang biasa digunakan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI