fbpx

Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dapat kelulusan Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi.

PETALING JAYA – Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mendapat kelulusan secara prinsip daripada Kabinet.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pendekatannya bagaimanapun perlu melalui pelbagai proses termasuk membabitkan pihak berkepentingan.

“Menyelesaikan gaji rendah siswazah anak muda dan rakyat keseluruhan adalah salah satu fokus besar Kerajaan Perpaduan.

“Kita akan teruskan usaha perbincangan dan libat urus bersama pihak berkepentingan untuk pastikan gaji rakyat dapat dipulihkan dan pengagihan gaji yang lebih seimbang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, usaha itu bukan sekadar untuk memastikan rakyat tidak terbeban dengan kos sara hidup, tetapi turut mengiktiraf sumbangan mereka kepada ekonomi negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI