fbpx

Nad Zainal korban penggosip? Ungku Ismail titip doa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNGKU Ismail tampil dengan kata-kata seolah-olah ditujukan kepada pihak yang kini galak bercerita tidak baik tentang isterinya, pelakon Nad Zainal.

PETALING JAYA – Ketika nama isterinya, Nad Zainal menjadi bahan kepanasan dunia hiburan sejak semalam, suaminya yang juga aktor Ungku Ismail mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sekeping foto memaparkan doa buat individu yang menjadi mangsa gosip.

Perkongsian Ungku atau nama lengkapnya Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz, 38, itu seolah-olah sebagai tanda sokongan kepada isterinya yang kini terjebak kontroversi sehingga dikecam beberapa selebriti seperti Nabila Huda dan Sharifah Sakinah.

“Catatan kecil untukmu yang menjadi korban para penggosip. Orang yang di belakangmu suka membicarakan aib dan kekuranganmu.

“Mencari-cari kesalahan atau kadang memfitnahmu, mungkin dia akan membahayakan duniamu. Tapi yang jelas sangat bermanfaat buat akhiratmu kerana menghantar pahalanya.

“Maka, biarkan sahaja dia meneruskannya. Lumayan kan dapat menghantar pahala percuma tanpa harus beribadah,” kongsinya dalam hantaran Instagram.

Sebelum ini, kontroversi tercetus apabila aktres yang pernah menjadi rakan karibnya, Nabila Huda dengan selamba menyatakan tidak mengenali individu bernama Nad Zainal.

Nabila atau lebih mesra disapa Abil lebih dulu menuai perhatian apabila meninggalkan komen menyatakan tidak mengenali Nad dalam sebuah hantaran Instagram memaparkan temu bual isteri Ungku Ismail bersama media.

Dalam temu bual tersebut, ibu kepada dua cahaya mata itu enggan mengambil kisah atau mengusutkan pemikiran dengan isu remeh seperti pergaduhan dalam persahabatan.

Terdahulu, sahabat baik Nad, Sherry Alhadad pernah meluahkan rasa sebal dengan sikap aktres itu yang seolah-olah sudah memutuskan perhubungan antara mereka.

Selain Abil dan Sherry, Sharufah Sakinah turut mengambil pendekatan ‘move on’ dan berharap dipertemukan dengan pelakon drama Cina Buta itu di alam yang lain.

Spekulasi bermasam muka antara mereka mula bertebaran selepas Nad pulih daripada koma akibat pendarahan dalam paru-paru. Pelakon itu kemudian mendirikan perkahwinan kali kedua dengan Ungku pada Januari lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI