fbpx

Malaysia langkah kiri Piala Asia Hoki 5’s

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAFIRAH (tengah) menjaringkan satu gol buat negara ketika tewas 2-7 kepada India pada aksi pembukaan Piala Asia 5's di Salalah sebentar tadi. - MHC

PETALING JAYA – Malaysia membuka kempen Piala Asia Hoki 5’s 2023 (Wanita) di Salalah, Oman dengan langkah kiri selepas tewas 2-7 kepada India sebentar tadi.

Ketua jurulatih skuad hoki 5’s wanita negara, Nabil Fiqri Mohd Noor mengakui, kesilapan mengutip kad menyebabkan Malaysia bermain dengan kekurangan pemain sedikit sebanyak merencatkan momentum perlawanan itu.

Justeru, Nabil berharap anak-anak buahnya lebih berhati-hati supaya mengelak daripada menerima kad yang tidak sepatutnya dalam misi memburu kemenangan pertama menjelang aksi kedua menentang Thailand esok.

“India adalah pasukan pilihan tetapi kami mempunyai peluang untuk menyaingi mereka. Namun, momentum hari ini sedikit terganggu kerana kekurangan pemain ekoran kutipan kad.

“Jadi saya berharap pemain menggunakan sebaik mungkin setiap peluang yuntuk menjaringkan gol selain perlu lebih berhati-hati agar tidak mengutip kad apabila berdepan Thailand esok.

“Semestinya saya berharap kami dapat mencatatkan kemenangan pada aksi kedua esok agar dapat menaikkan lagi semangat pemain untuk terus memberikan saingan dalam kejohanan ini,” katanya.

India meraih tiga gol menerusi Navjot Kaur (m-3), Dhekale Akshata Abaso (m-4) dan Toppo Dipi Monika pada minit ke-12 memastikan aksi separuh masa pertama ditutup dengan kelebihan 3-2 buat India.

Dua gol Malaysia ketika itu itu dijaringkan oleh Wan Nur Syafiqah Syahirah Wan Nordin (m-7) dan Nur Zafirah Aziz pada minit ke-11.

Bagaimanapun, India menambah empat lagi gol menerusi Mariana Kujur (m-17), Toppo Dipi Monika (m-20), Mahima Choudhary (m-28) dan Navjot Kaur pada minit ke-28.

Sebagai rekod, kejohanan ini merupakan aksi kelayakan zon Asia dan menawarkan tiga tiket untuk layak ke Piala Dunia Hoki 5’s yang akan berlangsung pada Januari tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI