fbpx

Kukuhkan sekuriti makanan, kurangkan import pertanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika menghadiri Showtech Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) 2023 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang hari ini.

PETALING JAYA – Malaysia perlu memperkukuhkan sekuriti makanan negara bagi mengurangkan import barangan pertanian.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia boleh dilakukan dengan mengubah sikap kakitangan kementerian, sektor swasta dan petani.

“Kita perlu komited dan bekerjasama. Hasil pertanian kita perlu dipertingkatkan mulai hari ini sehingga kita mampu untuk mengeksport produk ke luar negara.

“Penggunaan teknologi dan pertanian moden perlu diguna pakai bagi mengoptimumkan lagi hasil pertanian negara, sejajar dengan hala tuju untuk memperkasakan pertanian negara,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Mohamad berkata, Malaysia perlu bersiap sedia menghadapi apa jua cabaran mendatang dalam sektor pertanian dengan inovasi dan teknologi terkini perlu diberi perhatian yang serius.

“Alhamdulillah kejayaan terbaharu kementerian di Kampung Lat 1000, Perlis dengan 11 tan padi per hektar perlu diperluaskan ke negeri-negeri lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI