fbpx

Johor mampu jadi kubu Kerajaan Perpaduan – Zahid Hamidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID menyantuni jentera Kerajaan Perpaduan dalam Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Malaysia Bersama Pimpinan Kerajaan Perpaduan Negeri Johor, di Iskandar Puteri, Johor, hari ini.

JOHOR BAHRU – Johor mampu menjadi kubu kuat Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya menerusi kerjasama baik dan berterusan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sehubungan itu berkata, kerjasama tersebut perlu diterjemah sepenuhnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Menurut beliau, jentera parti kedua-dua gabungan tersebut perlu bergerak sebagai satu pasukan dan tidak secara berasingan.

“Ketika ini, kita berada dalam situasi pendakian yang licin politiknya, namun saya yakin kepimpinan BN dan PH Johor akan memungkinkan kemenangan di PRK Pulai dan Simpang Jeram.

“Keputusan PRN (Pilihan Raya Negeri) lalu adalah pengajaran kepada kami, tetapi di Johor saya yakin penyatuan PH dan BN akan berjaya menolak kemasukan pihak yang mempromosi ektremis dan ketaksuban, jentera kita akan tolak mereka.

“Atas keyakinan ini, saya yakin Johor boleh menjadi negeri simpanan tetap kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika berucap Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Malaysia Bersama Pimpinan Kerajaan Perpaduan Negeri Johor, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga merupakan Presiden UMNO akui masih terdapat penolakan terhadap kerjasama politik gabungan berkenaan khususnya di peringkat akar umbi.

“Keserasian telah dapat diwujudkan di peringkat nasional dan negeri, akar umbi mungkin ada sedikit masalah jadi pemimpin perlu turun untuk beri penjelasan. Jika ini dapat dilakukan saya yakin kita akan menang di Pulai dan Simpang Jeram,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI