fbpx

Ji-yong cengkung bukan sebab sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ko ji-yong menafikan dirinya cengkung akibat menderita sakit kronik.

Didakwa cengkung kerana menghidap penyakit kronik, penyanyi Ko Ji-yong tampil menafikan segala khabar angin mengenai kesihatannya.

Jelas Ji-yong, faktor utama penurunan berat badannya adalah disebabkan terlalu kuat bekerja dan fokus menguruskan perniagaannya.

“Ramai ingat saya sakit, saya sebenarnya sihat sahaja, namun mungkin disebabkan jadual saya terlalu padat sebagai pengarah urusan syarikat saya sendiri, menyebabkan berat badan saya turun mendadak.

“Apabila sibuk, makan dan tidur juga tidak teratur, tetapi saya cuba sedaya upaya untuk menjaga kesihatan, malah bersyukur sehingga kini masih sihat dan bertenaga,” jelasnya.

Bagaimanapun, Ji-yong sempat menzahirkan rasa berterima kasih kepada peminat dan netizen kerana sentiasa mengambil berat tentang kesihatannya.

“Ramai memerhatikan saya, rasa disayangi kerana dikurniakan peminat dan netizen yang selalu mengambil berat tentang saya, saya okay sahaja, jangan risau!,” ujarnya menerusi satu rancangan temu bual.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI