fbpx

Ibu maut selepas ambil anak pulang asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Proton Exora dan Proton Alza selepas bertembung di jalan berhampiran simpang Felda Air Tawar 1, Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit petang semalam.

KOTA TINGGI – Seorang ibu maut manakala dua anaknya selamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora yang dinaiki mereka bertembung dengan Perodua Alza berhampiran simpang Felda Air Tawar 1, Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit di sini semalam.

Mangsa, Mariani Omar, 44, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini.

Difahamkan, dalam kejadian pukul 3.40 petang itu, mangsa yang berasal dari Felda Tenggaroh 2, Jemaluang, Mersing dalam perjalanan pulang selepas mengambil anaknya dari asrama di Bandar Penawar.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat kemalangan tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di HKT semasa menerima rawatan. Kemalangan dipercayai berlaku ketika wanita itu memandu Proton Exora bersama dua orang anak berusia 18 dan 15 tahun. Mereka dalam perjalanan dari arah Bandar Penawar menghala ke Kota Tinggi.

“Kereta dipandu mangsa bertembung dengan Perodua Alza yang dipandu wanita berumur dalam lingkungan 40-an.

“Kemalangan itu turut menyebabkan pemandu Perodua Alza mengalami kecederaan parah. Dia masih dirawat di HKT. Dua anak si mati pula selamat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI