fbpx

Hasrat tunai umrah tidak kesampaian, peniaga kecewa pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian bakal jemaah umrah yang gagal berlepas ke Tanah Suci baru-baru ini.

PUTRAJAYA- Hasrat seorang peniaga untuk menunaikan umrah buat kali pertama bersama kedua-dua ibu bapanya tidak kesampaian selepas penerbangan mereka ke Arab Saudi dibatalkan pada saat-saat akhir, Isnin lalu.

Wanita terbabit yang mahu dikenali sebagai Elin, 41, berkata, dia tidak menyangka berdepan dengan situasi itu memandangkan kira-kira 100 bakal jemaah umrah sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dari negeri masing-masing.

Jelas Elin, rombongan mereka dijadualkan berlepas ke Jeddah kira-kira pukul 3.30 petang, namun dibatalkan selepas pihak agensi mendakwa terdapat masalah teknikal pada syarikat penerbangan.

“Bila sampai KLIA, (agensi) kata ada masalah teknikal, jadi tidak boleh ‘fly’ ke Jeddah. Rupanya mereka yang ‘booking’, tetapi tidak bayar untuk 100 jemaah.

“Lepas itu, kita tersidai di KLIA sampai petang. Nasib mereka sewa bas dan hotel untuk ahli rombongan.

“Seterusnya, mereka cakap tunggu pihak pengurusan untuk tempah penerbangan seterusnya, namun tiada juga apa-apa tindakan selepas itu,” katanya ketika dihubungi tadi.

Bagaimanapun, Elin berkata, dia tidak menyalahkan agensi umrah itu sepenuhnya ekoran mereka tetap mengambil tanggungjawab termasuk menanggung tiket bakal jemaah pulang ke negeri masing-masing iaitu Kelantan, Johor, Pahang, Sabah dan Perak.

Tambahnya lagi, Isnin lalu merupakan situasi kedua yang perlu dihadapi oleh rombongan berkenaan selepas kali pertama penerbangan ditangguhkan pada 14 Ogos.

“Selepas terkandas, kami buat satu laporan polis di Sepang. Kemudian, ada yang minta agensi pulangkan semula wang mereka dan kami dimaklumkan siapa yang mahu teruskan, agensi akan menyusun semula jadual.

“Tapi kami sekeluarga pilih supaya agensi berkenaan pulangkan wang dengan menyertakan jaminan untuk bayaran balik, itu yang kami persetujui,” katanya.

Jelas Elin, dia bersama ibu bapa serta seorang adik mengambil pakej untuk menunaikan umrah selepas Hari Raya Aidiladha baru-baru ini dengan bayaran kira-kira RM40,000 daripada sebuah agensi yang beroperasi di Kota Bharu, Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI