fbpx

Gabungan Sime Darby, UMW perkukuh sektor automotif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Usaha penggabungan Sime Darby Berhad (Sime Darby) dan UMW Holdings Berhad (UMW) bakal memperkukuh sektor automotif domestik dan serantau, menurut Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Katanya dalam satu kenyataan semalam, kedua-dua syarikat adalah sebahagian daripada kumpulan Syarikat Strategik PNB, dan penggabungan dua pemimpin dalam industri automotif itu adalah didorong oleh peluang untuk mengukuhkan kehadirannya dalam sektor automotif di peringkat tempatan dan serantau.

“Selain itu, ia juga untuk merangsang agenda elektrifikasi, yang dijangka memacu pertumbuhan pelaburan, meningkatkan kecekapan, dan mencipta nilai untuk pemegang unit kami.

“Langkah strategik ini juga adalah sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 oleh kerajaan, yang akan menyokong pertumbuhan selanjutnya sektor automotif terutamanya dalam meletakkan kedudukan negara sebagai hab automotif bagi rantau ini,” katanya.

Sime Darby, sebuah syarikat multinasional Malaysia dalam sektor perindustrian dan permotoran, dengan operasi di seluruh Asia Pasifik semalam mengumumkan telah menandatangani perjanjian pembelian saham bersyarat (SPA) dengan PNB untuk mengambil alih 61.2 peratus kepentingan PNB dalam Kumpulan UMW.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI