fbpx

Dua remaja ‘bina’ KLCC guna botol mineral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang dikongsi di media sosial.

PETALING JAYA – Dengan hanya menggunakan botol air mineral, dua remaja berjaya membina replika bangunan ikonik negara Menara Berkembar Petronas atau KLCC.

Menerusi perkongsian di media sosial, kedua-dua remaja yang berasal dari Tanjong Karang itu membina menara tersebut sempena sambutan Hari Kemerdekaan minggu hadapan.

Berdasarkan beberapa klip video yang dikongsi, mereka hanya menggunakan botol mineral terpakai dan gam untuk menghasilkan replika tersebut.

Setelah siap, replika itu diletakkan di halaman rumah. Menariknya, menara terbabit turut dihiasi lampu berwarna-warni khusus untuk tatapan pada waktu malam.

Difahamkan, mereka adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Desa, Tanjong Karang.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen memuji usaha yang dilakukan dua remaja terbabit kerana dapat membina menara ikonik itu dengan menggunakan barangan terpakai.

“Tahniah anak-anak muda. Perjuangkan kemerdekaan tanah air kita,” tulis Azizah Yusof.

“Ini orang kampung saya, tengok dalam video dah cantik kalau tengok depan-depan lagi cantik,” kata Ratna Dian Rahayu.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muhammad Haisyham.

“Mantap dik, semoga satu hari nanti menjadi arkitek terkenal di mata dunia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI