fbpx

DBKL sita barangan 12 premis halang laluan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jabatan Penguatkuasaan DBKL meneruskan Tindakan Khas Aktiviti Perniagaan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur kelmarin

PETALING JAYA – Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita barangan di 12 premis kerana didapati menghalang laluan kawasan awam, lorong belakang, siar kaki dan kaki lima kelmarin.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan dibawah Seksyen 46 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 itu dilakukan di sekitar Jalan Batu View, Jalan 1/3A Pusat Bandar Utara, Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur.

“Kesemua barangan dan peralatan perniagaan dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk rekod dan simpanan sementara,” kata kenyataan itu semalam.

Menurut kenyataan itu, Jabatan Penguatkuasaa DBKL turut mengambil tindakan terhadap premis perniagaan menggajikan warga asing tanpa kebenaran terutama warga Myanmar di lokasi sama.

Kata DBKL, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan tegas berkenaan dilakukan terhadap premis dan aktiviti perniagaan borong sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan runcit di situ.

Jelas DBKL, sebanyak lima notis kompaun dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dikeluarkan kerana mengambil pekerja warga asing tanpa permit sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI