fbpx

[VIDEO] Dahulu ‘independent’, sekarang semua kena tanya suami – Intan Najuwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN NAJUWA

KUALA LUMPUR – Bertukar status daripada bujang menjadi isteri orang membawa perubahan besar dalam hidup aktres, Datin Intan Najuwa terutama dalam membuat sebarang keputusan.

Kata Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, perubahan tersebut dianggap besar kerana dia sudah terbiasa membuat keputusan dan melakukan semua secara sendiri sebelum mendirikan rumah tangga.

“Sebelum ini, saya sudah terbiasa ‘independent’ dan buat keputusan sendiri. Semua benda akan ikut cara saya.

“Sekarang, status saya adalah seorang isteri dan perlu tone down. Perubahan itu sangat ketara dalam hidup,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, baru-baru ini.

Jelasnya, kerana sudah terbiasa melakukan banyak hal berseorangan, dia mengakui adakalanya terlupa sudah mempunyai suami yang perlu diminta pendapat sebelum memutuskan sesuatu perkara.

“Macam sebelum ini mak saya ada tanya sesuatu untuk minta pendapat tetapi saya terlupa sudah ada suami. Itulah perubahannya.

“Jadi, semua perkara perlu tanya dan berbalik kepada suami sekarang ini. Sudah tidak boleh buat keputusan sendiri,” ujarnya.

Mengulas mengenai statusnya sebagai Datin, Intan mengakui agak janggal dengan gelaran tersebut dan masih dalam situasi untuk membiasakan diri.

Pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu bahkan berpendapat gelaran tersebut tidak memberi sebarang kelebihan padanya.

“Jujurnya saya rasa agak canggung bila orang panggil saya Datin. Saya masih Intan yang biasa seperti sebelum ini.

“Saya rasa kekalkan sahaja panggilan Intan, tak perlu panggil Datin sebab bagi gelaran itu tidak membawa apa-apa kelebihan.

“Kawan-kawan pun saya marah bila mereka panggil saya Datin,” katanya lagi.

Terdahulu, Intan Najuwa selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman, 39, dengan sekali lafaz pada 18 Ogos yang lalu.

Pelakon Tak Sempurna Mencintaimu itu menerima mas kahwin bernilai RM20,000 dan juga hantaran bernilai RM222,000. Angka dua menjadi pilihan sebagai lambang tempoh perkenalan antara mereka. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HibGlam (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI