fbpx

Aktres jelita Thailand berdepan dakwaan salah guna racun sianida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Preechaya didapati membeli sianida daripada sumber yang sama dengan Sararat untuk meracuni mangsanya. - Instagram

BANGKOK – Ketua Polis Thailand, Surachate Jakparn memaklumkan seramai 31 individu termasuk pelakon wanita Thailand, Preechaya Phongthananikorn akan dipanggil minggu depan atas pertuduhan memiliki racun sianida untuk tujuan terlarang.

Laman berita Thaiger melaporkan, pertuduhan terhadap mereka difailkan oleh Jabatan Kerja Perindustrian (DIW) kepada Bahagian Pencegahan Jenayah.

Antara suspek yang dinamakan termasuk Preechaya dan pembunuh bersiri, Sararat Rangsiwuthaporn.

Sararat didakwa atas 14 pertuduhan membunuh dan satu pertuduhan percubaan membunuh.

Preechaya dilaporkan membeli sianida daripada sumber yang sama dengan Sararat, namun dia mendakwa berniat untuk menggunakannya sebagai racun makhluk perosak.

Seseorang yang membeli sianida untuk penggunaan salah berdepan hukuman penjara tiga tahun dan denda sehingga 300,000 baht (RM39,769) atau kedua-duanya sekali, jelas Surachate.

“Pegawai di Bahagian Pencegah Jenayah akan memanggil kesemua 31 orang untuk menjawab pertuduhan ke atas mereka dan siasatan akan dijalankan,” jelasnya.

Perkembangan itu berlaku selepas penahanan Sararat yang disyaki menggunakan sianida untuk meracuni mangsanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI