fbpx

ACL: Dua gergasi Asia cabar JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT bakal berdepan cabaran Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale sekali lagi musim ini selepas turut bersama-sama diundi musim lalu.

GERGASI bola sepak negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi bakal berdepan jaguh Korea Selatan dan Jepun iaitu Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale pada kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

Pada undian yang berlangsung semalam, skrip sama musim lalu berulang dengan menyaksikan ketiga-tiga pasukan berada dalam Kumpulan I seperti saingan musim lalu diikuti wakil Thailand, BG Pathum United.

Bagaimanapun, cabaran kali ini pasti lebih mencabar buat JDT memandangkan pertandingan akan dilangsungkan secara timbal balik berbanding kempen tahun lalu yang hanya diadakan secara berpusat ekoran pandemik Covid-19.

Musim lalu, JDT berjaya meneruskan kemaraan ke pusingan 16, namun terpaksa akur tewas 0-5 kepada kelab Jepun, Urawa Red Diamonds yang akhirnya bergelar juara selepas menewaskan Al-Hilal.

Pada saingan peringkat kumpulan, Harimau Selatan melakar kejutan selepas menjuarai Kumpulan I termasuk dua kali menewaskan Ulsan Hyundai dan mengikat Kawasaki Frontale tanpa jaringan pada aksi pertama.

“Pasukan sudah memperoleh keputusan baik pada saingan musim lepas namun kali ini adalah saingan baharu. Ia pasti berbeza sebab pencabar kami juga pasukan yang bagus.

“Sukar tetapi kami perlu lakukan penambahbaikan untuk hadapi pasukan dari liga yang lebih bagus. Kami hadapi satu demi satu perlawanan dan cuba tunjukkan perlawanan lebih baik,” kata pengendali JDT, Esteban Solari.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI