fbpx

Wabak influenza, elak berkunjung Thailand pilih Langkawi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Kerajaan negeri menasihatkan agar orang ramai menangguh hasrat untuk melancong ke Thailand ekoran penularan wabak influenza ketika ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kedah, Datuk Mohd. Salleh Saidin, sempena musim cuti sekolah yang bermula esok, orang ramai boleh memilih untuk melancong di dalam negeri terutama di Langkawi bagi mengelak penularan wabak itu.

“Kita menasihatkan orang ramai agar kurangkan melancong ke Thailand pada masa sekarang. Banyakkan berehat dan bercuti dalam negara sahaja terutama di Kedah. Banyak lagi tempat menarik di sini seperti di Langkawi.

“Kalau ke sana (Thailand) kes itu merebak ke sini, jadi masalah lain pula bawa kemudaratan kepada rakyat kita sendiri,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan, Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) Thailand memaklumkan angka jangkitan influenza di negara itu sudah melebihi 970,000 kes, tahun ini.

DDC Thailand turut memberi amaran tentang trend peningkatan kes tersebut terutama selepas meragut nyawa seorang lelaki berusia 39 tahun yang mempunyai masalah hati dan ketagihan alkohol.

Kata Mohd. Salleh, mereka yang terpaksa berkunjung ke negara itu atas urusan rasmi dan perniagaan perlu mengambil langkah-langkah berjaga-jaga termasuk melakukan kuarantin jika mempunyai simptom influenza.

“Kita tidak boleh menghalang jika ada yang perlu ke Thailand tetapi ambil langkah berjaga-jaga jika perlu pakai topeng muka ketika di sana dan bila kembali jika ada simptom, kuarantin di rumah supaya tidak ada jangkitan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI