fbpx

Tiada masa antara alasan tak carum pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail ketika menyertai operasi itu di sekitar Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor hari ini.

SABAK BERNAM – Alasan lapuk seperti tidak tahu dan tiada masa diberikan lebih 300 majikan di Selangor yang dikenakan tindakan kompaun menerusi Ops Kesan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Kesalahan itu dikesan sepanjang pelaksanaan operasi khas bersepadu berkenaan yang dijalankan bermula 1 Julai lalu sehingga kini.

Pengarah Perkeso Selangor, Ismail Abi Hashim berkata, kebanyakkan yang tidak mendaftar adalah sektor industri kecil dan sederhana (IKS) yang mempunyai premis atau kedai.

“Alasan tidak mempunyai pengetahuan dan kesibukan masa untuk mendaftarkan caruman pekerja masing-masing tidak dapat diterima kerana tempoh pemutihan telah diberikan sebelum ini.

“Kesalahan itu memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika ditemui selepas operasi itu di sekitar Sungai Besar di sini, hari ini..

Ismail berkata, pihaknya sudah menjalankan sebanyak 25 pemeriksaan di 1,568 premis majikan sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, sebanyak 327 notis kompaun bernilai 279,500 dikeluarkan kepada lebih 300 premis majikan yang gagal membuat caruman kepada pekerja mereka.

“Daripada jumlah itu, sejumlah 198 notis kompaun berjumlah RM170,500 dikeluarkan atas kesalahan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

“Sebanyak 129 kompaun berjumlah RM109,000 pula dikeluarkan bagi kesalahan mengikut Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) ke atas majikan dan pekerja,” katanya ketika ditemui selepas operasi itu di sekitar Sungai Besar di sini, hari ini.

Perkeso memberi peluang kepada majikan selama dua bulan dalam tempoh pemutihan bermula 1 Mei lalu untuk mendaftar perusahaan dan mencarum pekerja secara sukarela tanpa sebarang tindakan penalti atau kompaun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI