fbpx

SPRM nafi keluar kenyataan media siasat KPPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan palsu berhubung siasatan terhadap KPPA yang tular di media sosial ketika ini.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan telah mengeluarkan kenyataan media berhubung siasatan rasuah melibatkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr. Zulkapli Mohamed.

Difahamkan, kenyataan media palsu itu yang bertarikh 23 Ogos 2023 sedang tular di media sosial yang menjelaskan siasatan terhadap KPPA sedang dijalankan.

SPRM berkata, tindakan mengeluarkan kenyataan tersebut disifatkan sebagai berniat jahat serta mengelirukan orang ramai.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak menyebarkan dan berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” katanya tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI