fbpx

Skuad B-23 perlu waspada helah Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD B-23 negara berjaya mara ke pentas separuh akhir selepas berjaya muncul juara kumpulan dengan menewaskan Timor Leste 3-1 kelmarin. - FB FAM

SKUAD bawah 23 (B-23) kebangsaan perlu mengambil langkah berwaspada dengan ‘helah’ pasukan Vietnam sekiranya berhasrat untuk mara ke final menjelang aksi separuh akhir Piala AFF B-23 di Stadium Rayong, Thailand hari ini.

Ketua jurulatih skuad muda negara, E. Elavarasan mengakui anak-anak buahnya telah ‘lulus’ ujian pertama apabila bergelar juara peringkat kumpulan selepas merekodkan dua kemenangan menewaskan Indonesia dan Timor Leste.

Kata Elavarasan, ujian sebenar adalah perlawanan menentang skuad muda Naga Emas nanti dan semua pemain perlu memberikan seratus peratus dan saingan sengit di atas padang nanti.

“Kita boleh lihat peningkatan pasukan Vietnam yang begitu baik sejak beberapa tahun lepas kerana kekuatan mereka adalah bermain dalam satu unit.

“Pasukan berjaya membuktikan keupayaan dengan menewaskan dua negara kuat di peringkat kumpulan tetapi kita perlu lebih konsisten.

“Apa yang pasti, saya harap kita dapat mengharungi perlawanan yang bagus dalam memastikan misi layak ke final menjadi realiti,” kata Elavarasan pada sidang media semalam.

Sementara itu, pengendali skuad B-23 Vietnam, Hoang Anh Tuan melakukan ‘perang psikologi’ selepas mengakui tidak kisah mana-mana pasukan yang layak ke pentas final pada kejohanan berprestij peringkat remaja Asia Tenggara itu.

“Kalau kita menang okay, tetapi andai Malaysia menang juga tiada masalah. Apa yang penting fokus pasukan adalah untuk memberi pendedahan kepada pemain muda kami di pentas antarabangsa,” katanya.

Vietnam merupakan juara bertahan selepas menewaskan Thailand 1-0 pada edisi 2022 di Kemboja tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI