fbpx

PRK: 26 set borang calon sudah terjual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Sebanyak 26 set borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram telah dijual setakat petang ini.

Menurut sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daripada jumlah itu, lima set borang penamaan calon itu dibeli oleh calon bebas yang berkemungkinan akan turut bertanding.

Empat borang penamaan calon yang dibeli calon bebas itu bagi pertandingan di Parlimen Pulai dan selebihnya untuk DUN Simpang Jeram.

Berdasarkan penjualan borang penamaan calon itu, kedua-dua PRK di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru atau lebih.

Bagi PRK Parlimen Pulai, Pakatan Harapan (PH) meletakkan Bekas Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat yang akan dicabar Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pulai, Zulkifli Jaafar mewakili Perikatan Nasional (PN).

Difahamkan, Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohamad Fauzi turut menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Pulai.

Sementara itu, di kerusi DUN Simpang Jeram pula, Parti Amanah Negara (Amanah) mempertaruhkan Nazri Abdul Rahman sebagai calon yang akan ditandingi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Mohd. Mazri Yahya.

SPR sebelum ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram adalah pada 26 Ogos, pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pada 9 September.

Setakat 23 Julai, seramai 166,653 individu layak mengundi bagi kerusi Parlimen Pulai dan bagi DUN Simpang Jeram pula seramai 40,379 pengundi.

Kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram kosong susulan kematian penyandangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI