fbpx

Pemilik akan didenda RM2,900 jika kucing tidak dipasang mikrocip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Setiap kucing peliharaan perlu mempunyai mikrocip yang 'ditanam' pada kulit bagi memudahkan proses pencariannya jika ia hilang. - Getty Images

LONDON – Pemilik-pemilik kucing peliharaan di Britain berdepan denda sebanyak £500 (RM2,951) sekiranya tidak memasang mikrocip pada haiwan peliharaan mereka itu, lapor akhbar Daily Express semalam.

Peraturan baharu yang berkuat kuasa pada Jun 2024 itu memerlukan semua kucing di negara berkenaan memakai mikrocip yang mempunyai butiran terkini pemiliknya.

Individu yang tidak memasang cip itu pada haiwan kesayangan mereka sebelum ia berumur 20 minggu berkemungkinan didenda.

Sekiranya dikesan melakukan kesalahan itu, para pemilik kucing akan diberi masa selama 21 hari untuk memasangnya pada haiwan tersebut sebelum denda dikenakan.

Tujuan undang-undang baharu itu adalah untuk memudahkan kucing peliharaan yang hilang atau sesat disatukan semula dengan pemiliknya.

Di bawah undang-undang baharu itu, setiap kucing peliharaan perlu dimasukkan mikrocip sebesar butir beras di bawah kulit haiwan tersebut. 

Mikrocip itu mempunyai nombor siri unik dengan maklumat butiran pemilik haiwan.

Sekiranya haiwan itu ditemui sesat, mikrocip boleh dibaca menggunakan pengimbas untuk mengetahui di mana ia tinggal. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI