fbpx

Pemandu lori tersepit, cedera parah langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori muatan satu tan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terlanggar pokok di tempat kejadian. Foto IHSAN BOMBA

AMPANG – Seorang pemandu lori tersepit di bahagian pemandu serta cedera parah apabila lori dipandunya hilang kawalan sebelum terlanggar sebatang pokok di Jalan Hulu Langat Batu 14, di sini petang tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Shahir Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 4.05 petang.

Jelasnya, seramai 14 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang serta BBP Bandar Tun Hussein Onn dikerahkan ke lokasi.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori satu tan jenis Mitsubishi yang telah hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok.

“Pemandu lori berusia 50an tersepit di bahagian pemandu dan mengalami cedera parah,”ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kerja-kerja menyelamatkan mangsa mengambil masa selama 30 minit.

“Mangsa segera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI