fbpx

Pejabat Ketua Polis Balai Pulau Tikus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika menjalankan kerja pengawalan dan pemadaman api di pejabat Ketua Polis Balai Pulau Tikus, pagi tadi.

GEORGE TOWN – Sebuah bilik di aras satu yang menempatkan pejabat Ketua Polis Balai Pulau Tikus di sini dilaporkan terbakar, pagi tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, Mohd. Rahmat Husein berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 8.33 pagi.

Menurutnya, operasi pemadaman turut melibatkan kerjasama dari BBP Jalan Perak.

“Apabila pasukan bomba tiba di tempat kejadian mendapati kebakaran melibatkan penyaman udara di dalam pejabat Ketua Polis Balai.

“Kebakaran turut melibatkan struktur bangunan dan peratusan kemusnahan kebakaran dianggarkan 20 peratus. Kebakaran terlebih dahulu dipadamkan anggota polis sebelum pihak bomba tiba dilokasi kejadian,” katanya kepada Kosmo! sebentar tadi.

Katanya, tiada mangsa yang terlibat dan kes diserahkan kepada pasukan forensik bomba untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI