fbpx

Lori treler tular ‘drift’ disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JPJ Negeri Sembilan mengeluarkan notis saman pada sebuah lori treler yang tular di media sosial.

SEREMBAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengeluarkan notis saman pada sebuah lori treler yang tular di media sosial kerana hampir merempuh deretan kenderaan yang sedang melalui sekatan jalan raya baru-baru ini.

Menurut Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, baru- baru ini Bahagian Penguatkuasaan JPJ Negeri Sembilan telah menerima maklumat di media sosial berkenaan sebuah lori treler hampir merempuh deretan kenderaan yang sedang melalui Operasi Statik yang dilaksanakan oleh Unit Operasi JPJ Negeri Sembilan pada 21 Ogos lalu.

Katanya, berikutan itu, semalam Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Sembilan memulakan tindakan untuk mengesan pemandu lori treler tersebut bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

“Pasukan Penguatkuasa telah berjaya menemui lori treler tersebut dan ditahan di Pejabat JPJ Negeri Sembilan mengikut Seksyen 59(1) APJ 1987 (48 jam) untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut.

“Siasatan ke atas pemandu juga telah dilaksanakan dan tindakan telah diambil dengan mengeluarkan notis saman atas kesalahan Memotong dan Mendatangkan Bahaya (K 6 Kaedah Lalulintas Jalan 1959), Cuai Semasa Memandu (K 10 Kaedah Lalulintas Jalan 1959) dan Memandu Tanpa Kawalan Yang Sewajarnya Terhadap Kenderaan (K 17 Kaedah Lalulintas Jalan 1959),” katanya ketika ditemui.

Tambahnya, pemandu lori treler tersebut juga telah dibuat saringan pemeriksaan air kencing dengan kerjasama pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan dan keputusan saringan berkenaan adalah negatif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI