fbpx

LHDN beku akaun, Hamzah beri kenyataan petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah.

PETALING JAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan memberikan kenyataan mengenai dakwaan pembekuan akaunnya oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) petang ini.

Menurut sumber, kenyataan tersebut akan dijawab Ahli Parlimen Larut itu petang ini selepas satu laporan mendakwa pembekuan aset itu turut dilakukan terhadap ahli keluarga terdekat beliau.

“Insya-Allah datuk akan berikan kenyataan petang ini,” katanya ringkat kepada Kosmo! sebentar tadi.

Terdahulu, media tempatan melaporkan LHDN telah membekukan aset Hamzah dan ahli keluarga terdekatnya.

Pembekuan tersebut dipercayai adalah berpunca daripada siasatan berterusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Menteri Dalam Negeri itu dalam kertas pertuduhan kes rasuah RM15 juta yang dihadapi beliau.

Sebelum ini, kediaman beliau di Damansara turut diserbu oleh pegawai LHDN dan telah merampas beberapa dokumen. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI