fbpx

Lantikan Exco kanan kali pertama di NS satu pengiktirafan buat BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalaluddin ditemui selepas mengangkat sumpah sebagai Exco di Istana Besar Seri Menanti, di sini hari ini.

KUALA PILAH – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menganggap lantikan kali pertama Exco kanan dalam pentadbiran kerajaan negeri adalah merupakan satu pengiktirafan buat Barisan Nasional (BN).

Jalaluddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang berkata, jawatan berkenaan belum pernah diwujudkan dan pada kali ini diberikan kepadanya.

“Ini merupakan satu pengiktirafan kepada BN dan insya-Allah sebagai Exco kanan, saya akan memastikan supaya portfolio yang diletakkan di bawah Exco kanan berjalan dengan baik. Malah, saya akan pastikan perjalanan Kerajaan Negeri di bawah Menteri Besar akan sentiasa dalam keadaan stabil.

“Tidak ada ganggu gugat, tidak ada politik yang boleh menganggu-gugat kestabilan kerajaan negeri dan memastikan Kerajaan Perpaduan di negeri ini sebagai satu contoh dan boleh menjadi contoh dan ikon negeri yang lain,” katanya selepas mengangkat sumpah sebagai Exco di Istana Besar Seri Menanti, di sini hari ini.

Dalam sesi angkat sumpah itu, BN memiliki empat Exco, diikuti empat daripada DAP serta dua orang daripada PKR. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI