fbpx

Langgar bucu katil, Amelia Henderson patah jari kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMELIA HENDERSON

MALANG tidak berbau. Itulah yang berlaku kepada Amelia Henderson yang nampaknya terpaksa perlahankan rentak seni untuk beberapa minggu ini disebabkan jari kakinya patah.

Walaupun hanya kecederaan kecil, kalau dah berbalut dan perlu gunakan kasut khas memang pergerakan pun terbatas.

Dalam kejadian minggu lalu, bintang drama One Million Dollar Voice itu memaklumkan terlanggar bucu katil ketika mahu ke bilik air untuk menggosok gigi.

Doktor mengesahkan jari kakinya retak di beberapa tempat yang memerlukan kasut khas dan penjagaan rapi untuk segera sembuh.

Tapi Mizz Lahar kagum tengok semangat Amelia yang sanggup meredah lautan manusia untuk menonton Konsert Ruffedge di Zepp Sabtu lalu. Memang peminat sejati!

Mizz Lahar: Sebak baca pendedahan ibu Shila Amzah fasal perceraian dia baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI