fbpx

KPDN rampas 4.31 juta liter minyak diesel sejak Mac lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan (tengah) menunjukkan statistik Ops Tiris yang dijalankan sepanjang 1 Mac hingga 23 Ogos 2023 di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 4.31 juta liter minyak diesel subsidi bernilai RM9.23 juta menerusi Ops Tiris bagi tempoh 1 Mac hingga 23 Ogos lalu.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, rampasan itu diperolehi menerusi 459 kes rampasan yang direkodkan di seluruh negara.

Beliau berkata, kementerian turut menyita pelbagai aset serta peralatan lain bernilai lebih RM25.24 juta menjadikan keseluruhan rampasan minyak dan aset berjumlah RM34.48 juta.

“Sepanjang ops sama, sebanyak 10,351 pemeriksaan telah dilakukan manakala sebanyak 121 aduan diterima berhubung isu berkaitan dalam tempoh sama.

“Kami turut menahan 379 indvidu dalam tempoh sama melibatkan 305 warga tempatan, 71 warga asing dan tiga pemastautin tetap,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Armizan berkata, berdasarkan analisis data, KPDN juga bersetuju melanjutkan tempoh pelaksanaan Ops Tiris Fasa 2.0 sehingga 31 Disember depan.

Bagaimanapun, katanya, Ops Tiris Fasa 2 ini akan dilaksanakan dengan beberapa penambahbaikan termasuk meluaskan skop siasatan supaya lebih menyeluruh meliputi rantaian bermula daripada sumber pembelian bekalan sehingga kepada pembeli haram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI