fbpx

Ketua askar upahan Russia maut dalam nahas pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dimuat naik di saluran Telegram berkaitan Wagner menunjukkan serpihan pesawat terbakar dekat sebuah perkampungan di barat laut Moscow. – Telegram/@grey_zone

MOSCOW – Beberapa pegawai Russia mengesahkan bahawa ketua kumpulan askar upahan Wagner, Yevgeny Prigozhin berada di dalam sebuah pesawat peribadi yang terhempas semalam, yang membunuh semua penumpang.

Nahas tersebut berlaku dua bulan selepas Prigozhin cuba melakukan pemberontakan ke atas Presiden Vladimir Putin.

Kementerian Situasi Kecemasan Russia mengumumkan insiden tersebut yang melibatkan pesawat jenis Embraer-135 (EBM-135BJ) yang sedang perjalanan antara Moscow ke Saint Petersburg.

Berdasarkan maklumat awal, kesemua 10 penumpang terbunuh termasuk tiga kru.

Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Russia (Rosaviatsiya) kemudian memaklumkan Prigozhin ialah antara yang berada dalam pesawat berkenaan.

“Menurut syarikat pengendali pesawat itu, Prigozhin ialah antara penumpang pesawat Embraer-135 (EBM-135BJ),” kata Rosaviatsiya.

Beberapa saluran Telegram berkaitan dengan Wagner memuat naik rakaman video yang tidak disahkan oleh AFP, yang menunjukkan serpihan pesawat terbakar di sebuah padang.

Rosaviatsiya berkata, ia sedang menubuhkan suruhanjaya khas untuk menyiasat nahas pesawat milil syarikat MNT-Aero  tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI