fbpx

Kerajaan jamin tidak lepas tangan isu kenaikan harga barang – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra dengan penduduk Manjoi ketika menghadiri Majlis Jualan Mega@Tambun di pekarangan Mydin Manjoi, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Kerajaan memberi jaminan tidak akan lepas tangan dalam isu kenaikan harga barang, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, perkara itu diberi keutamaan dalam kerajaan pimpinannya meskipun isu kenaikan harga barang berlaku di seluruh dunia.

“Saya nak beri jaminan, kita tidak pandang ringan (isu kenaikan harga barang), walaupun orang macam-macam kecam (kononnya) kita tidak buat apa-apa.

“Saya jelaskan perkara ini, (usaha turunkan harga barang) bukan perkara yang mudah tetapi sudah tentu bagi pihak kerajaan, kita mesti mencari jalan lagi. Kerajaan tidak boleh lepas tangan.

“Contoh paling baik macam kerja (Allahyarham) Datuk Seri Salahuddin Ayub, seluruh hidup menjadi menteri (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), asyik fikir macam mana nak runding dengan syarikat, kedai-kedai dan pengeluar untuk kurangkan harga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jualan Rahmah Kasih Sayang Mega@Tambun di pekarangan Mydin Manjoi, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Pemangku Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali.

Anwar yang juga Menteri Kewangan mengakui, kerajaan tidak mampu untuk mengawal sepenuhnya kenaikan harga barang terutama melibatkan barang import.

Beliau memberi contoh pengeksport bawang terbesar dunia, India yang mengenakan 40 peratus duti eksport ke atas bawang.

“Sebagai contoh, kita import bawang merah dan bawang putih dari India, tapi minggu lepas, india naikkan 40 peratus duti eksport ke atas bawang.

“Maknanya ada hal yang kita boleh kawal, ada hal yang susah nak kawal. (Kalau) kita nak tanam ambil masa sikit sebelum ada hasil,” katanya.

Jualan Rahmah Mega@Tambun yang bermula hari ini pada 8.30 pagi merekodkan jualan sebanyak RM270,000 melibatkan 36 jenis barangan dengan kehadiran lebih 8,000 pengunjung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI