fbpx

Jepun mula lepaskan air sisa radioaktif Fukushima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan tangki-tangki yang menyimpan air tercemar di Loji Nuklear Fukushima Daiichi, Fukushima. - AFP

TOKYO – Jepun mula melepaskan air sisa radioaktif terawat dari loji nuklear Fukushima Daiichi hari ini, dalam operasi yang ditegaskan selamat dilakukan, namun menerima bantahan daripada beberapa negara jiran.

Permulaan pelepasan air bersamaan kira-kira 540 kolam renang bersaiz Sukan Olimpik ke Lautan Pasifik itu adalah langkah besar dalam menyahtauliah loji tersebut yang masih dianggap sangat berbahaya. Ia dilakukan kira-kira 12 tahun selepas rosak akibat gempa bumi dan tsunami.

Video secara langsung memaparkan proses pelepasan air sisa nuklear itu disediakan oleh syarikat pihak pengendali loji berkenaan, TEPCO.

Ia menunjukkan dua jurutera mengklik pada tetikus komputer dan selepas kiraan dibuat, injap berhampiran pam pengangkut air laut dibuka.

Pemantau-pemantau dari badan agensi atom Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah mengesahkan rancangan berkenaan dijadual berada di loji tersebut untuk prosedur itu, manakala para pekerja TEPCO akan mengambil sampel air yang dilepaskan.

TEPCO akan menjalankan empat pelepasan air terawat bermula hari ini hingga Mac 2024. 

Tiga daripada reaktor di kemudahan Fukushima-Daiichi di timur laut Jepun itu runtuh akibat gempa bumi dan tsunami besar yang mengorbankan kira-kira 18,000 orang pada 2011. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI