fbpx

Jangan sentuh isu 3R menjelang PRK Pulai, Simpang Jeram – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZARUDIN bercakap kepada pemberita selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka di Seri Negeri, Melaka.

MELAKA – Semua pihak diingatkan agar tidak menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, penyokong parti di Johor perlu mempamerkan disiplin yang tinggi sama seperti yang ditunjukkan penyokong parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri yang lalu.

“Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku semasa hari penamaan calon pada PRN lepas dan saya percaya kalau di Johor ini mereka matang dalam menghadapi PRK kali ini.

“Hari ini saya akan turun ke Johor untuk mendengar taklimat persiapan yang telah dibuat bagi menghadapi PRK tersebut, saya yakin Ketua Polis Johor dan anggotanya telah bersiap siaga,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Lahir ke-74 Yang Dipertua Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Sementara itu, berhubung kesalahan disiplin anggotanya, Razarudin berkata, beliau kecewa kerana masih terdapat segelintir anggota dan pegawai polis yang menyalahgunakan kuasa dan terlibat dalam perkara yang menyalahi undang-undang.

Tegasnya, pihaknya akan terus mengambil tindakan ke atas pegawai dan anggota yang terlibat dan mengenakan tindakan tatatertib walaupun belum dituduh di mahkamah.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seramai 14 anggota dan seorang pegawai kanan polis ditahan tugas selepas dicekup dalam serbuan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di sebuah pusat hiburan sekitar Seremban, Negeri Sembilan, 19 Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI