fbpx

Hebatnya Blue Beetle, si adiwira Latin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM Blue Beetle mula menjengah pawagam seluruh negara 17 Ogos lalu.

MINGGU lalu, penulis sempat berkunjung ke GSC The Starling Mall Damansara bagi tayangan media filem terbaharu komik DC edaran Warner Bros. Pictures berjudul Blue Beetle.

Dipendekkan cerita, selepas 127 minit menghabiskan tontonan, bibir ini tersenyum menandakan filem arahan sutradara bernama Angel Manuel Soto tersebut berjaya melepasi jangkaan awal.

Pertama sekali, ingin dinyatakan di sini betapa hebatnya terjemahan karakter utama, Mariduena sebagai Blue Beetle atau Jaime Reyes oleh pelakon Xolo Maridueña.

Pemilihannya sangat bertepatan dengan nuansa dan tema filem yang menjunjung semangat atau budaya orang Latin, kelompok yang sering menjadi mangsa penindasan dan diketepikan di Amerika Syarikat.

PEMILIHAN Mariduena sebagai Blue Beetle dilihat menepati nuansa filem yang memaparkan masyarakat Latin di AS.

Faham tugasan

Pertama kali didokumentasikan dalam bentuk filem atau layar perak, Blue Beetle jauh menjangkaui ekspektasi penonton. Jauh yang membuatkan karya introduksi jenama Blue Beetle ini masuk kategori cemerlang.

Secara peribadi, penulis agak skeptikal terutama pada awal minit penceritaan. Ketika itu, terasa bagaikan pengakhiran hambar, namun graf naratif kemudiannya berkembang dengan baik.

Dari segi plot, terjemahan karakter, representasi budaya, semuanya teradun sempurna.

Mengejutkan, namun berjaya direalisasikan sempurna pasukan produksi.

Syabas buat individu yang duduk di bangku pengarah, Manuel Soto.

Pasukan ‘casting’ filem Blue Beetle melakukan tugas mereka dengan sangat cemerlang.

Hasilnya, bukan sahaja watak utama Jaime Reyes sahaja yang menonjol bahkan karakter-karakter penting lain seperti keseluruhan keluarga Reyes dan Kord, termasuklah Jenny Kord dan antagonis, Victoria Kord.

Watak ahli keluarga Reyes seperti Rudy lakonan George Lopez, Milagro (Belissa Escobedo) dan Nana (Adriana Barraza) dicernakan dengan cukup baik.

Itu bermakna pasukan ‘casting’ faham tugasan dan menjalankan apa sepatutnya dijalankan dengan kemenjadian yang setara.

Watak tambahan, Rudy (George Lopez) antara yang menyerlah dalam Blue Beetle.

Budaya Latin, mendarat baik

Dari segi teknik janaan komputer (CGI), Blue Beetle langsung tidak mengecewakan.

Di tangan pengarah keturunan Puerto Rico, karya ditunggu-tunggu ramai itu langsung tidak tersasar daripada ‘DNA’ sebenar adiwira DC.

Blue Beetle buat pertama kali ‘dipentaskan’ dalam layar perak selepas sekian lama ditunggu peminat komic DC.

Keluarga

Satu perkara yang tercetus positif daripada karya adalah betapa pentingnya keluarga, tidak kiralah dalam apa juga situasi.

Dengan kebersatuan antara keluarga dan semangat kejiranan, seseorang itu mampu mengoncang dunia dengan semangat kepahlawanan yang tiada tolok bandingnya.

Blue Beetle, sebuah jenama adiwira yang mendarat dengan baik. Seperti dialog dalam filem, sacrifices have to be made for the greater good, (pengorbanan harus dilakukan untuk kebaikan sejagat), dan semua itu harus bermula dengan tidak ketinggalan menonton Blue Beetle di pawagam.

Heroin Blue Beetle, Jenny Kord diterjemahkan dengan sempurna pelakon Latin, Bruna Marquezine.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI