fbpx

Bot nelayan tempatan gaji warga asing ditahan di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot nelayan tempatan bersama warga asing ditahan di perairan Pulau Kendi, semalam.

GEORGE TOWN – Sebuah lagi bot nelayan tempatan kelas C ditahan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang di perairan Pulau Kendi, di sini dipercayai dikendalikan kru warga asing tanpa dokumen sah, semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim SP Nak Rong berkata, bot nelayan tempatan kelas C bersama 500 kilogram ikan campur ditahan di kedudukan 76.3 kilometer barat Pulau Kendi pada pukul 7.38 petang.

Katanya, ketika kejadian kapal maritim sedang melaksanakan operasi penguatkuasaan di perairan pulau itu sebelum mengesan bot berkenaan sedang menangkap ikan dengan menggunakan pukat tunda.

”Pemeriksaan ke atas bot mendapati empat kru termasuk tekong warga Myanmar berumur lingkungan 31 hingga 45 tahun berada di atas bot berkenaan.

”Dua kru yang berada di atas bot memiliki dokumen pengenalan diri yang sah manakala dua lagi warga Myanmar direman selama 14 hari bagi membantu siasatan kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, bot dan dua kru ditahan dan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran Pengarah Perikanan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit atau pas yang sah.

”Bot dan hasil tangkapan ikan campur dianggarkan 500 kilogram bernilai RM 1,500 ditahan serta dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung untuk tindakan lanjut,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI