fbpx

Bayern Munich jadi mangsa ‘penipuan’ Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE dibeli Bayern pada harga yang cukup tinggi untuk seorang pemain yang sudah berusia 30 tahun. - AFP

MUNICH – Bekas pemain legenda Jerman, Lothar Matthaus menganggap kelab Bayern Munich menjadi mangsa ‘scam’ selepas mengeluarkan dana besar untuk menandatangani khidmat penyerang sensasi, Harry Kane pada awal bulan.

Sebagai rekod, Bayern telah mengeluarkan dana sebanyak £100 juta (RM579 juta) untuk mendapatkan khidmat Kane daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur sekali gus menjadi rekod perpindahan terbaharu Bundesliga.

Menurut Matthaus, pihak pengurusan Spurs yang diketuai oleh Daniel Levy sangat licik untuk menaikkan tanda harga sehingga dianggap tidak masuk akal memandangkan Kane sudah berusia 30 tahun.

Kata bekas pemain tengah Munich itu, Kane sememangnya memiliki bakat serta penyudah tajam yang tidak boleh dipersoal, tetapi pembelian tersebut melebihi harga pasaran yang sepatutnya.

“Kita semua tahu Bayern terdesak untuk mendapatkan penyerang baharu dan mereka percaya dengan kualiti Kane sejak jendela perpindahan dibuka lagi. Mereka telah melakukan bidaan rasmi beberapa kali tetapi ditolak oleh Spurs.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku antara kedua pihak tetapi jumlah £100 juta terlalu tinggi dan mungkin Bayern kena tipu dengan Spurs.

“Cuma, bila saya bayangkan Bayern mampu menjual Robert Lewandowski pada usia 33 tahun dengan harga £42 juta (RM249 juta), rasa mungkin pembelian Kane adalah berbaloi,” katanya.

Sebelum ini, pemain termahal yang pernah dibeli Bayern adalah pemain pertahanan, Lucas Hernandez dengan tanda harga sebanyak £68.3 juta (RM405 juta) daripada kelab Atletico Madrid pada 2019. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI