fbpx

Aktivis China lari ke Korea naik jet ski sejauh 300 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua Pengawal Pantai Korea Selatan memeriksa jet ski di Incheon selepas aktivis tersebut ditahan kerana cuba menyelinap masuk ke negara itu. - AFP

SEOUL – Seorang lelaki dipercayai aktivis hak asasi manusia dari China ditahan di Korea Selatan selepas cuba melarikan diri ke negara itu dengan menaiki jet ski, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Pengawal Pantai Korea Selatan berkata, lelaki tersebut mengembara sejauh 300 kilometer merentasi Laut Kuning dengan bantuan teropong dan sebuah kompas, namun dia kemudian terkandas.

Laporan di China menamakan lelaki itu sebagai Kwon Pyong, yang merupakan salah seorang pengkritik Presiden Xi Jinping tetapi identinya belum disahkan setakat semalam. Kedutaan China di Seoul bagaimanapun enggan mengulas mengenai kejadian itu.

Menurut Pengawal Pantai Korea Selatan, lelaki memakai jaket keselamatan dan topi keledar itu menunda lima tong minyak dari wilayah Shandong menggunakan jet ski tersebut.

“Dia mengisi petrol ketika dalam perjalanan dan membuang tong kosong ke laut,” kata pasukan tersebut sambil menambah, lelaki berkenaan mengalami masalah di luar pelabuhan barat Incheon dan meminta bantuan.

Sementara itu, aktivis yang berpangkalan di Korea Selatan, Lee Dae-seon daripada Dialogue China berkata, Kwon, 35, merupakan seorang pelarian.

Dia dikatakan ditahan di penjara China kerana mengkritik Jinping secara terbuka. Justeru, dia mungkin mengalami masalah ketika meninggalkan Beijing melalui jalan biasa untuk menuntut suaka dan dilarang meninggalkan China secara sah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI