fbpx

[VIDEO] Kumpulan koir kanak-kanak AS buat persembahan guna peribahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah pasukan koir Colorado Children's Carole dari AS menjadi tular menerusi persembahan lagu yang berasaskan peribahasa Melayu.

PETALING JAYA – Sebuah pasukan koir Colorado Children’s Carole dari Amerika Syarikat (AS) menjadi tular menerusi persembahan lagu yang berasaskan peribahasa Melayu.

Menerusi perkongsian video koreografer terkenal, Fairuz Fee Tauhid di TikTok, lagu bertajuk Kira! itu merupakan ciptaan Dr. Tracy Wong dan koreografi persembahan oleh Fairuz sendiri, yang kedua-duanya merupakan rakyat Malaysia.

Antara peribahasa yang digunakan dalam lagu koir tersebut ialah, sediakan payung sebelum hujan, bersusah-sudah dahulu, bersenang-senang kemudian dan yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.

Orang ramai tidak putus-putus menyatakan rasa bangga terhadap usaha mereka yang cemerlang memartabatkan Bahasa Melayu di mata dunia.

“Orang luar pun guna bahasa kita. Orang Malaysia sendiri susah nak guna bahasa kebangsaan. Mari kita pupuk semangat cintakan bahasa kita,” kata seorang pengguna.

“Terima kasih Dr. Tracy Wong memartabatkan Bahasa Melayu di pentas antarabangsa,” ujar Sunny Nini.

“Meremang dengar suara dia orang,” komen Gluttonym0mmy. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI