fbpx

[VIDEO] Kesetiaan itu lebih mahal dari sebuah Tesla – Dr. Ahmad Samhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Ahmad Samhan berkongsi kisah kesetiaan dan pengorbanan yang dilakukan isterinya ketika beliau diuji dengan ketumbuhan di pipi, sebelum ini.

PETALING JAYA – Dalam kekecohan isu berkahwin dua oleh pengsohor media sosial, Abang Tesla, seorang pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan tampil berkongsi video penghargaan buat isterinya.

Hantaran tersebut memaparkan kisah kesetiaan dan pengorbanan yang dilakukan isterinya ketika beliau diuji dengan ketumbuhan di pipi, sebelum ini.

“Isteri untuk dihargai dan dicintai. Ketika aku diuji dengan ketumbuhan pipi, dia setia di sisi.

“Ketika itu aku bukan sesiapa pun. Hanya seorang lelaki yang terlentang di katil dan miskin, tapi dia terus setia pada lelaki yang langsung tak ada apa-apa ini.

“Jika mahu tinggalkan aku pun, aku tak akan persalahkan. Dr. Samhan bukan sesiapa jika bukan kerana sosok tubuh ini,” tulisnya pada video tersebut.

Tambahnya lagi, wanita (isteri) banyak berkorban dan setiap suami perlu menghargai isteri masing-masing.

“Di sebalik kehebatan lelaki, ada wanita yang banyak berkorban.

“Hargailah dia dan jangan pernah berniat menduakannya. Kesetiaan itu lebih mahal dari sebuah Tesla,” ujarnya.

Dalam masa sama, perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi orang ramai.

Ada yang memuji, malah ada juga yang menyamakan hantaran tersebut sama seperti penghargaan yang pernah diungkapkan oleh Abang Tesla kepada isterinya, sebelum ini.

“Dulu Abang Tesla keluar ayat macam ni juga, akhirnya dia mungkiri. Didoakan hati doktor dan pasangan kekal ke akhirnya, moga dijauhi bolak-baliknya hati ini,” kata Allyvia Ain.

“Kalau nak tahu sifat seorang isteri, suami atau anak-anak macam mana, kat hospital la tempatnya dan kau orang akan tahu sifat sebenar mereka,” ujar Mrs Brother.

“Tak perlu ramai pun untuk buat kita bahagia. Cukup satu kan? Semoga berbahagia dunia dan akhirat untuk doktor dan isteri,” komen deqjae82. – KOSMO! ONLINE

@dr.samhan Abang takkan pernah membelakangi sayang #tiktokguru #learnontiktok #RoadToTikTokAwardsMy #ForYouMalaysia #abangtesla ♬ original sound – Dr. Samhan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI