fbpx

Sultan Muhammad V, Tengku Muhammad Faiz Petra gembira bertemu putera sulung Johan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto pertemuan Sultan Muhammad V dan Tengku Muhammad Fakhry Petra bersama Johan yang dimuat naik Sofie Louise Johansson.

PETALING JAYA – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan bertemu putera sulung adinda, Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra yang diberi nama Johan.

Pertemuan tersebut dimuat naik Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson Petra memaparkan Sultan Muhammad V kelihatan tersenyum sambil mendukung Johan, di laman Instragam, hari ini.

Selain itu, Sofie Louise Johansson turut berkongsi gambar pertemuan anakandanya bersama Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra.

“‘Baby’ Johan sangat gembira dapat berjumpa dengan dua orang bapa saudaranya,” tulisnya.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan Sofie Louise Johansson selamat melahirkan anakanda pertama di Hospital Universiti Sains Malaysia Malaysia (HUSM), Kelantan pada 17 Julai lalu.

Untuk rekod, Dr. Tengku Muhammad Faiz dan Sofie Louise Johansson melangsungkan perkahwinan pada 19 April 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI