fbpx

Suami ketiga tikam suami kedua hingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah mangsa dibawa ke rumah mayat sebuah hospital selepas dia mati ditikam di Bone semalam. - Foto Kompas

JAKARTA – Suami ketiga kepada seorang wanita menikam mati suami keduanya ketika mangsa sedang tidur dalam satu kejadian di Bone, wilayah Sulawesi Selatan semalam, lapor laman berita TribunJatim hari ini.

Wanita yang berusia 22 tahun itu berkahwin dengan dua lelaki selepas suami pertamanya meninggal dunia.

Ketika kejadian, suami ketiga wanita tersebut memberitahunya bahawa dia mahu keluar untuk membuang air.

Namun, dia sebaliknya pergi ke rumah suami kedua dan menikam lelaki itu sehingga mati ketika mangsa sedang tidur.

Suspek pula mengalami luka pada bahagian tubuhnya sebelum melarikan diri.

Dalam pada itu, menurut laman berita SerambiNews, Ketua Polis Bone, Arief Doddy mengesahkan mangsa meninggal dunia selain turut mengakui wanita itu mempunyai dua suami.

Polis masih memburu suspek manakala motif pembunuhan belum dikenal pasti. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI