fbpx

Ribut petir di KL, Selangor dan Kedah petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir melibatkan empat negeri, petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 3 petang nanti.

Ia melibatkan keseluruhan kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Bagi Kedah, ribut petir diramalkan melanda Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

Selain itu, di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Bagi Sarawak pula, hujan lebat lebih tertumpu di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro) serta Kapit,” ujarnya.

Menurut MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI