fbpx

Presiden Iran sepakat tingkat hala tuju negara-Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berinteraksi dengan Presiden Iran semalam.

PETALING JAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Presiden Republik Islam Iran, TYT Seyed Ebrahim Raisi telah bersepakat untuk meningkatkan hala tuju negara.

Anwar berkongsi video perbualannya bersama Presiden Iran itu di Facebook sebentar tadi.

“Semalam saya telah berinteraksi dengan Presiden Republik Islam Iran, TYT Seyed Ebrahim Raisi, melalui perbualan telefon.

“Ia berlangsung sejurus tamatnya kunjungan hormat Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zamby Abdul Kadir ke atas beliau di Tehran.

“Alhamdulillah, dalam perbualan singkat tersebut, kami senada dan sepakat untuk meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi serta menerokai potensi kerjasama baru,”tulisnya di Facebook.

Menurut Anwar, mereka berdua turut bersetuju supaya dua jawatan kuasa bersama sedia ada iaitu Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (Joint Commission Meeting) dan Suruhanjaya Ekonomi Bersama (Joint Economic Commission) mengadakan pertemuan dengan kadar segera bagi menghalusi kesemua potensi skop kerjasama antara kedua-dua negara untuk kebaikan bersama.

Terdahulu media melaporkan lawatan rasmi Zambry ke Iran yang berakhir pada Rabu adalah manifestasi dasar diplomasi aktif yang diperkenalkan Perdana Menteri.

Menurutnya, lawatan selama empat hari itu adalah lawatan peringkat tinggi Menteri Luar Malaysia ke Iran yang pertama selepas tujuh tahun dengan kali terakhir adalah pada 2016. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI