fbpx

Pesakit kanser otak terpaksa tangguh sambung belajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHUAN JIE diuruskan oleh ibu bapanya setelah hilang upaya bergerak akibat kanser ketika ditemui di Kampung Tengah Air Kuning, Tampin semalam.

TAMPIN – Seorang pesakit kan­ser otak tahap empat terpaksa menangguhkan hasrat untuk menyambung pelajaran ekoran penyakit yang dialaminya sema­kin merebak.

Foo Chuan Jie, 20, berkata, dia baru sahaja mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini iaitu lewat setahun daripada rakan seusia kerana perlu menja­lani pembedahan terlebih dahulu.

Katanya, mereka sekeluarga menggunakan duit insurans de­ngan had perlindungan RM50,000 setahun bagi menampung kos rawatan kanser.

“Pihak hospital swasta me­min­ta saya mendapatkan rawatan lanjut di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana di sana lebih banyak pakar. Jika ada boleh membantu saya ke sana, saya amat menghargainya.

“Ketumbuhan yang saya alami ini sudah merebak ke saraf tunjang, menyebabkan saraf dari bahagian pinggang ke kaki sudah tidak berfungsi dengan baik.

“Akibatnya, saya tak boleh berjalan dan tidak mampu me­ngawal jika ingin membuang air kecil atau besar,” katanya di Kampung Tengah Air Kuning, di sini.

Chuan Jie berkata, bapanya, Foo Yong Hoon, 58, sebelum ini berpendapatan sekitar RM3,000 sebulan, namun kini sudah tidak bekerja lagi kerana membantu menguruskan dirinya.

Katanya, hanya tiga beradik­nya yang lain bekerja di kedai, manakala ibunya, Wong Mei Sia, 49, pula seorang suri rumah.

“Saya mula diserang kanser selepas sakit kepala terlalu kuat pada hujung 2021. Ketika itu, saya sangka ia kesan sampingan vaksin, namun rupa-rupanya di otak saya ada ketumbuhan,” ujarnya.

Tambahnya, sepanjang tempoh rawatan, dia sudah menja­lani enam kali kimoterapi dan 26 kali rawatan radioterapi.

“Saya baru sahaja keluar hospital swasta di Melaka. Dalam seminggu, kos yang telah digunakan lebih RM20,000,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin ­menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya melalui akaun Maybank milik Chuan Jie iaitu 155096255252.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI