JAKARTA – Seorang pencuri di wilayah Aceh, Indonesia menjerit ketakutan apabila pemilik rumah yang dipecah masuk cuba menakutkannya dengan ular selepas dia dikurung.
Laman berita Suara.com melaporkan, video memaparkan kejadian itu dimuat naik dalam akaun TikTok @mufti0307 Isnin lalu.
Dalam video tersebut, pemilik rumah itu dilihat telah mengurung suspek di dalam sebuah bilik setelah kegiatannya diketahui.
Pencuri itu kemudian menjerit ketakutan selepas seorang lelaki berbaju merah jambu cuba menakutkannya dengan seekor ular.
Suspek berkali-kali mengetuk pintu supaya dikeluarkan dari bilik tersebut, namun beberapa lelaki yang berada di luar hanya mentertawakannya.
Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada ular itu asli atau mainan.
Pemilik akaun itu memaklumkan bahawa pencuri itu berusia dalam lingkungan 20-an.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Kurang bang, sepatutnya pakai anakonda,” komen seorang netizen. – Agensi